2014-kini : Zainal & Headwind Kembali Bersatu Kumpulan_Headwind

Setelah 25 tahun tidak bersama, akhirnya Headwind telah membuat kemunculan semula bersama penyanyi asalnya, Zainal sebagai artis jemputan di Anugerah Juara Lagu ke-29 pada tahun 2014. Pada malam tersebut, mereka telah mendendangkan lagu-lagu hit mereka antaranya Memori Luka, Suraya, Segalanya Mungkin dan Cinta Si Camar Putih. Ternyata persembahan mereka mengubat kerinduan peminat-peminat setia yang sudah lama menantikan penyatuan semula mereka sebagai satu kumpulan.

Pada 1 Januari 2019, Zainal telah membuat konsert The Musical Journey of Zainal Abidin - 35th Anniversary Concert Featuring Headwind di Singapura. Terbaru, pada Ogos yang lalu, mereka telah membuat persembahan di Hard Rock Cafe di Georgetown, Pulau Pinang.